Latest Movie :
#

Antoofighter: Amukan Drakulat! (2008) - DVDRip


Language: Malay | Genres: Action , Comedy | Subtitle: None



Antoofighter: Amukan Drakulat! (2008) [DVDRip] - MHOmuveez

PLOT:
Kisah bermula apabila sekumpulan makhluk dan hantu-hantu dari zaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela di zaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Drakulat (lakonan Awie) dan hantu-hantunya, Bajang (lakonan Soffi Jikan) seekor Iblis, Mistikus (Witch), Sarjan Algojo (Hantu Gigi), Maya (Pontianak), Siti Sunshine (Pontianak Pondan), Ozawa (Pontianak Korea), Chow Meng Nga (Hantu Cina), Togom (Hantu Hijau), Filius de Flamma (Hantu Api), Kartarakh (Hantu Biji Mata) telah mengembara dari tempat mereka terlepas ke Kuala Lumpur dan telah menawan Menara Kuala Lumpur dan dijadikan markas operasi mereka. Di situ mereka telah memulakan kekacauan dan kekecohan di ibunegara sehingga menyebabkan negara di tahap bahaya. Dalam masa yang sama, objektif Drakulat sebenarnya adalah untuk membebaskan "Lord Sharon" iaitu anak Syaitan ke dunia supaya mereka dapat bersama-sama menguasai dunia dan membebaskan kuasa kegelapan ke segenap alam maya. Oleh itu, Drakulat terpaksa mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu "Delyla", di mana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada "Lord Sharon" supaya dapat bebas ke bumi. Dalam pada itu, kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din (lakonan Harun Salim Bachik) iaitu salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50an. Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.
Share this article :

Post a Comment

 
Uploader : yat-isaboy
Copyright © 2013. Tonton Movie Online by Malaysian | MHOmuveez - All Rights Reserved
Tonton Movie Online by Malaysian | MHOmuveez
Proudly powered by Blogger