Latest Movie :
#

Alamak... Toyol! (2011) - DVDRip


Language: Malay | Genres: Comedy , Horror | Subtitle: None



Alamak... Toyol! (2011) [DVDRip] - MHOmuveez
PLOT:
Pak Umar (Hamid Gurkha) berjumpa dengan seorang bomoh untuk mendapat toyol untuk membolehkannya menjadi cepat kaya. Oleh kerana kebanyakan toyol yang dimiliki bomoh tersebut mahal-mahal belaka, maka dia memilih toyol kecil yang paling murah. Namun, tidak sampai beberapa hari kemudian, Pak Umar mahu memulangkan toyol tersebut kerana tidak tahan akan kerenah toyol itu tetapi gagal berikutan perjanjian yang ditandatanganinya semasa mendapatkan toyol itu. Sebaliknya, dia hanya boleh memberikan toyol tersebut kepada orang lain.
Sementara itu, Fakhrul (Angah Raja Lawak) dan Kudin (Along Cham) merupakan dua orang perompak yang tidak pernah berjaya merompak sasaran mereka. Suatu hari, mereka terserempak dengan Pak Umar dan mahu merompaknya, tetapi dia tiada wang dan sebaliknya memberikan botol berisi toyol tersebut kepada dua orang perompak tersebut. Pada mulanya mereka enggan, tetapi akhirnya mereka terpaksa menerima toyol tersebut.
Dengan adanya toyol belaan mereka itu, Fakhrul dan Kudin amat mengharapkan toyol tersebut berjaya membantu mereka merompak sasaran mereka. Namun, toyol kecil itu tidaklah secekap yang mereka harapkan; rupa-rupanya toyol itu tidak tahu mencuri. Lantas, Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar toyol tersebut untuk mencuri, baik secara teori mahupun praktikal.
Pada masa yang sama pula, Farah (Adeline Tsen) yang merupakan setiausaha kepada bosnya Daniel (Tyzo Tuah) mendapat tahu bahawa syarikat tempat dia bekerja rupa-rupanya menjalankan aktiviti mengedar dadah. Oleh kerana tidak mahu setiausahanya itu membongkarkan kegiatannya kepada pihak polis, Daniel mengarahkan orang-orangnya untuk membunuh Farah.
Pada suatu malam, seperti biasa Fakhrul dan Kudin pergi merompak rumah sasaran mereka. Farah yang sedang mandi semasa rumahnya dipecah masuk oleh perompak-perompak itu pengsan apabila melihat toyol belaan mereka. Setelah dia sedar kembali, dia menceritakan segala-galanya mengenai bosnya itu kepada dua perompak tersebut. Tiba-tiba, geng-geng Daniel berjaya memecah masuk rumah Farah untuk membunuhnya, tetapi mereta terus lari lintang-pukang setelah terserempak dengan toyol tersebut. Setelah berjaya menghalau orang-orang bawahan Daniel, Farah memberitahu kepada Fakhrul dan Kudin untuk mengembalikan semula toyol tersebut.

Keesokannya, mereka bertiga cuba menjejak Pak Umar untuk memulangkan semula toyol tersebut, namun dia enggan. Lantas, mereka pun membuat satu rancangan untuk memecah masuk rumah Daniel dan menjadikannya pemilik baru toyol tersebut, tetapi mereka kemudiannya ditangkap. Tanpa disangka-sangka, pihak polis datang untuk menangkap Daniel manakala toyol itu pula lenyap setelah mereka berjaya mengecap cap mohor toyol untuk menjadikan Daniel pemilik baru toyol tersebut. Semasa dalam penjara, Daniel dibunuh oleh toyol tersebut kerana enggan memberinya makan. Toyol itu kemudian kembali menjadi milik Fakhrul dan Kudin.
Share this article :

Post a Comment

 
Uploader : yat-isaboy
Copyright © 2013. Tonton Movie Online by Malaysian | MHOmuveez - All Rights Reserved
Tonton Movie Online by Malaysian | MHOmuveez
Proudly powered by Blogger